Monday, 24 June 2013

bersama Dr.Shukri Abdullah

Seminar Sehari - Bijak Belajar bersama Dr.Shukri Abdullah


Bismillahirrahma'nirrahim..
Assalamualaikum w.r.t, kepada semua pembaca sekalian..

Pada tarikh 13/4/2013, pihak sekolah telah mengangjurkan seminar sehari yang bermula pada pukul 08.00 pagi hingga 05.00 petang ( 1 hari ). bertempat di Sek.Menengah Islam Manarat Darus Salim ( Kompleks Surau Darus Salim ). Penceramah kali ni  ialah seorang pakar motivasi iaitu Dr. Shukri Abdullah.


peserta motivasi ini diedarkan buku kerja teman studi. Dalam buku ini banyak menceritakan manfaat kepada peserta seminar pada hari itu. Antaranya ;-

1) STRATEGI BELAJAR MALAYSIAN TOP STUDENTS
 

  •      Amalan S . A . T . U
               S . A ( Sedia Awal) bermaksud bacalah buku sebelum kelas bermula untuk mendapatkan      
               gambaran kasar topik yang akan dipelajari. Perlu buat sedia awal untuk semua subjek ??
               tidak..tetapi perlu bagi situasi berikut > subjek lemah > kurang faham ajaran guru > subjek
               penting.. Bagaimana pula sedia awal bagi subjek matematik ?? 1) baca dab fahami konsep dan
               istilah utama...2) perhatikan tips atau petua tertentu bagi setiap bab dalam buku teks atau
               Homework..

               T ( tumpuan 100 % ) bagaimana ? mata, fikiran, emosi dan cara duduk tertumpu 100 % kepada
               apa yang diperkatakan oleh guru dalam kelas. Antara tips / tujuh cara untuk tangani masalah
               mengantuk dalam kelas!! 1 ) lawan ngantuk... 2) tidur yang cukup... 3) bersarapan sebelum kelas..
                4) banyak minum air ...5) pernafasan dalam 4-4-6.... 6) berdiri dalam kelas.... 7) kawan bantu
               kawan.

               U ( Ulangkaji ) meliputi aktivi berikut ;-
               1. buat kerja sekolah
               2. baca topik baru
               3. baca topik lama
               4  latihan topik khusus
               5. diskusi
               6. buat nota
               7. hafalan

Didalam seminar juga ada mengkongsikan tips bijak berkawan samada yang membantu atau membantut. Ini ada berkaitan kerana kawan anda boleh menolak anda ke atas, tetapi, ingat mereka juga boleh meruntun anda turun ke bawah, Pandai - pandailah memilih kawan...

             
 Membantu
Membantut

Bagi semangat dan harapan

Teguran dan peringatan

Tolong – menolong dalam pelajaran

Membantu kita bila ada masalah

Ajak belajar bersama

Tolong berdoa each other

Ajak membazir masa

Buat kita cepat give up

Leka dalam pelajaran

Seronok tanpa batasan

Tension

Sell – fish ( pentingkan diri )

Semoga dengan harapan, peserta2 dapat mengambil tindakan atau panduan susulan selepas seminar ini.

" A journey of a thousand miles begins with a single step ". 
~Lao Tzu


 seminar best pelajar pun khusyuk 



Mata,  Fikiran, Pendengaran dan cara duduk adalah 
    salah satu cara untuk 
mencari tumpuan dalam kelas



Peserta yang hadir seronok duduk mendengar ceramah Dr.Shukri 



peserta lelaki


Peserta perempuan 



Nasihat buat diri sendiri


Ust. Yussoff dan Tn. Hj Sulaiman


Demikian itu, terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang menganjurkan motivasi bijak belajar kepada Semimds ( gambar atas )....sekian , terima kasih

Wednesday, 13 March 2013




FINAL game 

Assalamualaikum.. w.r.t

sambungan pada game atau Hari Kejohanan Sukan Tahunan tahun 2013, Samdas. Pada tahun ini, sekolah telah merancang untuk pelaksanaan aktiviti kokurikulum iaitu aktivti sukan. Sukan yang di lakukan mewakili setiap rumah sukan (4 rumah sukan) iaitu rumah merah, rumah hijau, rumah kuning dan rumah biru. Setiap rumah sukan perlu mewakilkan ahli rumah untuk menyertai sukan yang di pertandingkan iaitu Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring dan Badminton. Demikian juga, setiap rumah yang mendapat point dalam pertandingan akan direkodkan di dalam buku kokurikulum pelajar. 

Sekian sahaja dari pengetahuan yang saya ketahui.. Wassalam 



gambar kami :)














Friday, 15 February 2013

HARI SUKAN TAHUNAN

Assalamualaikum w.r.t

     Menjelang tahun 2013, Semimds telah mengadakan acara sukan tahunan buat kali pertama. Sekolah juga telah melakukan perancangan kokurikulum bersama pihak pentadbiran sekolah, dan guru-guru yang lain bagi merealisasikan lagi acara sukan tahunan ini.
           

Matlamat
1.1 Memberi peluang kepada setiap pelajar mengambil bahagian di dalam acara - acara
yang dipertandingkan.

1.2 Memberi pendedahan kepada pelajar - pelajar berkaitan dengan acara gelangang  dan
acara padang.
1.3 Menanamkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan.


          

 


*perhatian kepada pelajar - pelajar,
marilah sama - sama kita membina jiwa yang kental dengan 
riadah yang sihat. Mari kita semua berjuang mempertahankan 
rumah pasukan masing - masing. Menyokong serta berkerjasama
 adalah satu perkara penting di dalam 
sesebuah kumpulan untuk mencapai kejayaan...



Saturday, 26 January 2013

Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah

    Assalamualaikum..w.r.t...kepada semua Samdasians..sempena menyambut kelahiran baginda Rasullah s.a.w...pihak pentadbiran Samdas dan gabungan tenaga bersama Sarkids telah mengadakan satu perarakan pada hari maulidur rasul lalu...suasana begitu riang dan ceria dengan perarakan di awal pagi pada jam 7.30 pagi dengan iringan selewat keatas junjungan besar Rasullah s.a.w....terima kasih kepada mereka yang hadir bagi mengimarakkan lagi suasana...


    Oleh itu, saya mempersembahkan kepada anda semua gambar-gambar pada hari sambutan Maulidur Rasul dengan slogan Wasatiyyah Tonggah Perpaduan Ummag !!!


berkumpul di luar sekolah 




ramai yang hadir utk bersama-sama berarak selawat keatas junjungan besar Rasullah s.a.w




dua orang pemegang bunga mange dihadapan


kami sudah mula berarak di sekitar subang 







di ikuti pelajar2 perempuan di belakang bersama2 guru yg lain..
teka siapa cikgu di hadapan tu ?







      Berarak punya berarak..dengan bibir yang tidak berhenti berselawat keatas baginda nabi muhammad s.a.w di sepanjang perjalanan...Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan teratur rapi, sebaik saja tiba di sekolah semua pelajar direhatkan buat seketika sebelum memulakan majlis seterusnya...

    Baiklah, majis diteruskan lagi dengan dimulakan bacaan al-quran oleh saudara Ariff Akmal 

Selain itu, ceramah yang dibahaskan oleh Ustaz Che Aziz Omar tentang kelahiran baginda Rasullah s.a.w, 



     Seterusnya, kami di persembahkan kumpulan nasyid Qasidah daripada Samdasians...#Ya Badrotim :)






Sebaik saja nasyid berlansung, 
                 Majlis diakhiri dengan Selewat Bersama keatas junjungan mulia Rasullah s.a.w...

(gambar2 lain)










tidak lupa terima kasih  kepada Tn.Haji Sulaiman 
sebagai pengerusi Majlis Sambutan Maulidur  Rasul peringkat sekolah